Petang
yang lapang membuat aq tiba2 teringat kisah lama…. Walaupun kisah hidup aq tak
sehebat orang lain,, tapi aq tetap merasakan apa yang telah aq alami merupakan
pekara terhebat bagi diri aq…
Dengan
earphone di telinga dan playlist lagu yang panjang,, ditemani semug Nescafe,,
pekara 5 tahun dulu bermain di fikiran…. Tahun yang terlalu pedih untuk
diulangi dan tahun yang terlalu mengelirukan aq untu aq mengungkap semua
pekara….
Muhd
Hafiz Danish,, sebaris nama yang tak akan aku lupakan sampai bila2,, mungkin,,
walaupun aq tak kenal empunya nama tu secara berdepan,, tapi dia adalah kawan
aq,, sehingga akhir hayat… niat untuk bertanya khabar kawan sekelas telah
menemukan kami secara tak langsung… sepupu kawan sekelas,, mereka tukar no tel
rupa nya,, tapi,, sebelum itu pun aq dah tahu kewujudan Danish,, sebab dia
merupakan teman lelaki kawan baik aq,, zu,,
sejak dari hari tu,, kami selalu berbalas mesej… dengan pengetahuan zu,,
sudah tentu… lagipun,, kami hanya kawan… kawan jauh,,, kami tak pernah dengar
suara masing2,, berjumpa jauh sekali… tapi,, kawan aq yang merupakan sepupu
Danish memberitahu bahawa, Danish pernah
melihat aq di sekolah semasa mehantar dia ke kelas… mungkin… tak pernah aq
Tanya Danish,, hubungan kami rapat,, seperti kakak dan adik… dia adik aq,,
angah,, dan dia memangil aq along…
senang aq berkawan denganya… tetapi,, semuanya ketentuan allah,, kekasih
mana tak cemburu ,, untuk mengelakan aq putus sahabat dengan zu,, aq menjarakan
hubungan dengan Danish,, sehinga dia bertanya,,” mungkin kita tak boleh
berhubung macam selalu,,” satu baris ayat yang sampai sekarang aq tak tahu,,
sama ada betul atau tak keputusan aq… sejak daripada saat itu,, kami tak
berhubung… dan hanya mengetahui berita tentang dia melalui zu… sebentar Cuma,,
dia mehilang kan diri selepas seketika… dia kembali menghubungi zu selepas kami
tamat peperiksaan yang besar,, tapi sebentar juga,, seperti aq dilupakan terus,, mungkin slah
aq,, memutuskan keputusan begitu,, Entah,, aq buntu,, dan sampai sekarang,, dia
hilang tanpa berita,, hanya sepupu nya sahaja yang tahu keberadaan nya
sekarang,, mungkin…
Muhd Faiz
Rohulamin… juga nama seseorang yang tak dapat aq lupakan,, kisah dia tak sebaik
dengan Danish,, tapi aq kenal dia kerana dia merupakan rakan sekelas aq yang
baru berpindah masa tu… seperti biasa,, aq tak menghirau kan semua rakan
sekelas lelaki aq,, kerana diri aq sendiri,, mungkin tak disenangi oleh
mereka,, mana tau.. tak di nafikan,,
keadaan aq yang begini sering diejek oleh rakan sekelas,, tapi,, aq mengangap
itu hanya gurauan dan asm garam kehidupan sendiri.. tetapi dia berbeza,, bukan
dia tak mengejek aq,, tetapi kerana cara dia mengenakan aq,, kalau orang lain,,
mungkin akan cair,, tapi aq tidak… dengan tidak segan silu,, dia menyatakan dia
suka aq,, dihadapan cikgu,, tapi tetap je mengejek aq,, disebkan aq sudah bosan
dengan ejekan dan gurauan kawan2 yang lain,, dia aq angap tak ubah macam
bergurau,,, tak habis2 dengan gurauan dia yang gila2 tu,, aq tak kisah,, sering
kali dia mencuba bermain dengan perasaan aq,, mengatakan rindu,, tetapi aq
tahu,, itu hanya gurauan… sehingga dia pindah sekolah kerana dirinya yang aktif
bersukan,, aq… rasa kehilangan sebentar,, kerana dia tiada untuk menyakat aq…
tapi,, untuk peperiksaan PMR, dia megambilnya di sekolah aq,, dan tempat duduk
nya di sebelah aq… hehe.. aq hanya bertegur sapa dengan cara kami,, iaitu
perang mulut… hehehe… tak habis2 kami kan?? Semua paper aq jawab dengan
tenang,, sehingga kertas terakhir,, iaitu kertas geografi,,, sebelum masuk
dewan,, ada seorang kawan aq mengatakan dia mengajak aq couple,, hahah,, aq
hanya ketawa,, dan senyap… tapi riak muka dia hanya bersahaja,, tak marah atau
suka,, aq keliru,, sepanjang mengjawab
kertas,, aq senyap je,, dan tak tumpu perhatian… mungkin sebab tu,, result aq
yang tu je,, kantoi,, yang lain great gila… hahaha… tapi,, disebab kan lepas tu
dia terus keluar dan menghilang,, aq ketawa dengan kebodohan diri aq sendiri…
tak ada maknanya dia suka aq,, haha.. aq termalu sendiri… dan,, aq teruskan
hidup aq sehinga kini,, tapi,, faiz muncul semula sekejap semasa aq tingkatan
5.. dia mulanya menegur aq,, tapi disebabkan aq terkejut,, riak muka aq
menyatakan aq tak suka dia,, mungkin sampailah dia tak tegur aq langsung
hingakan berselisih bahu pun dia tak tengok aq,, lagipun,, dia memang tak suka
aq pun… dan dia pun dah ada awek mase tu,, budak sekolah u jugak,, selalu jugak
aq tengok diorang dating.. (aq tak skodeng oke,,) so,, aq putuskan tu hanyalah
liku hidup aq,, sehinggalah petang nie,, aq teringat balik kepada dua manusia
yang pernah hadir dalam kehidupan seharian aq dulu,,
Walaupun
sekarang nie tak banyak yang berubah kat aq,, aq masih lagi angap diorang kawan
aq,, tak salah kan?? Nak kata aq syok sendiri,, suka hati lah,, aq Cuma
teringat je,, aq doakan,, diorang sihat sekarang dan hidup dengan seadanya,,
bahagialah hendaknya… ada jugak rasa nak jumpa balik diorang,, tapi bila
difikirkan balik,, macamana kalau aq je yang ingat macan sekarang?? Diorang dah
buang terus aq dari ingatran diorang kan?? Boleh jadi,, so,, ape yang aq boleh
harap,, jadikan itu semua sebagai kenangan dan takdir allah yang tetapkan aq
jumpa mereka…
IFFAH|ADEUL